Monday 28 November 2011

apekejadah info- pasar tamu iban di johor,



Sekumpulan daripada masyarakat Iban di sini telah melakar sejarah mereka sendiri dengan membuka pasar tamu atau pasar tradisional Iban yang pertama di luar Sarawak. Bermula Mac lalu, pasar tamu yang dibuka setiap pagi minggu di Jalan Bayan 31, Taman Megah Ria di Pasir Gudang menawarkan pelbagai jenis sayuran dan barangan untuk dijual. Di antara sayuran hutan yang dijual di pasar tamu yang bermula seawal 6.30 pagi itu ialah 'paku ikan' dan 'kemiding' yang merupakan paku-pakis yang boleh dimakan. Yang lain ialah 'tubu' (rebung), 'kantuk rampu' (daun mentimun), 'rampu betu' (mentimun Iban), 'ensabi' (sawi Iban), 'daun sabung', umbut kelapa dan kulat sawit. Terdapat juga pekasam ikan, ruas, kuih sarang semut, kuih "cuan", belacan Bintulu serta ikan terubuk masin dan ulat mulong. Lantaran, anda mungkin merasakan sedang berada di satu bandar kecil di Sarawak apabila menjejakkan kaki ke pasar tamu yang beroperasi di kawasan letak kereta di belakang lot kedai di kawasan perumahan tersebut.


                             





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...