sambil2 aku blogwalking dapat pulak aku jumpa satu blog yang cakap pasal fakta2 nie..berdasarkan kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke @ Coca Cola. Walaubagaimanapun aku kureng percaya sket, sebab setakat tulis cam gitu, sape2 pun boleh tulis dan dakwa. Samalah macam testimoni kesihatan yang di buat oleh "artis" itu terhadap produk pengeluarannya. Apapun jika ada sesiapa yang buat ujikaji pasal fakta kat bawah nie, jangan lupa bagi aku keputusannya sekali ye..
1 masukkan tulang dalam satu mangkuk diisi coke..,sup coke ker...haha, dan ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari!!!.., giler kentang..
2 yang ni pulak Untuk mencuci tandas :Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke, orng kaya bleh pkai coke nie wat sabun kan..., atau orng giler ker...
3 yang ni biar betul,:untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta..,tapi yang jenis crome..: lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan coke.kesan karat hilang ...
4 Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5 untuk melonggar kan skru yang berkarat tuangkan sedikit coke pasti longgar...
6 Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke
7 cermin kereta anda berdebu/kototr/melekit? celupkan tuala kedalam air coke pastu lap.. settle.., xyah nk guna magiclean mahal tu....
8 Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
9 Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah
....apa pendapat korang..