Friday, 19 October 2012

apekejadah info-MANA PERGINYA BUNYI2 GITAR2 ROCK

hahaha saje je aq share sbab dh rindu sangat nk  denagar bunyi2 goreng gitar.. tapi bkan rock kapak
rock kapak wat aku nk tido jer.. ari ni aku nk share ngan korang mna bunyi instrumen2 gitar ? sbab sekarang banyak sangat lagu electronik masuk sampai band rock sendiri pun main layer2 yng sma sbab bnyak sngat pkai.. smpai lagu2 rock macam tu je.. semua bunyi sama jer... canner nk settle ni last aku dengar sebelum lagu2 beat ni msuk.. pling sok gitar.. MCR,GREENDAY,AUDIOSLAVE, smpai lak era indie cam THE STROKES,FRAN FERDINAND, trus diam...mna? ikut media sangat ker.. patut lirik greenday ckap.. jgan jadi seperti american idiot.., trus lar aku tertunnggu smpai skrang..bgi aku yng solo gitar dan bunyi gitar yng terbaik  ialah seperti di di bawah

                               

                                     
                         
                                     

                                       

                                       

                                       







                                                                         




bnyak lagi lagu2 yng best2.. tpi ni je yng aku share... hrap ada lagi lagu sebegini
                                       

Thursday, 18 October 2012

klik dan like pic ini

klik dan like page ni...for my cousin son...mntak lar kan ntuk like... saper2 yng sudi tolong...

                     
                                                       
                                                           
                                                          GO TO THIS LINK
                                            https://www.facebook.com/photo.php?fbid=447136688670997&set=a.446832352034764.122844.154283987956270&type=1&relevant_count=1 

Wednesday, 3 October 2012


Latar belakang Tokoh
            Tun Jugah merupakan seorang tokoh yang luar biasa kerana kepimpinan dan kegagahan beliau. Tun Jugah merupakan seorang yang berbangsa Iban yang lahir di Kapit  pada 1903. Pada umur 20 tahun beliau telah dilantik sebagai penghulu, pada tahun 1953 beliau telah diberikan peluang untuk bekerja sebagai wakil orang Iban di bawah mahkota pemerintahan Queen Elizabeth. Dua tahun kemudian beliau telah diangkat sebagai Temenggong iaitu ketua kepada semua orang Iban dan pada tahun 1963, apabila Sarawak telah bersama-sama membentuk Malaysia beliau telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama sehingga 1974. Selain memegang jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau juga sememangnya sangat arif dalam adat istiadat orang Iban dan peraturan  di rumah panjai. Semasa pendudukan Jepun beliau digelar sebagai Sanji kerana telah berkerjasama dengan Jepun, ini kerana Jepun ingin memanfaatkan pemimpin lokal untuk memudahkan pentadbiran dan menjaga kedamaian penduduk semasa pendudukan Jepun. Pada tahun 1930, Tun Jugah masih memegang jawatan sebagai Penghulu dibawah pemerintahan British, ketika kedatangan Jepun ke Asia Tenggara pada 1941 dan menduduki Sarawak pada masa itu.  
Ulasan Bab yang ke Empat: Jugah and The Japanese
Topik:  Pre- War Japanese Interest in South – East Asia
            Ulasan mengenai topik ini, penulis lebih memfokuskan sebab utama Jepun muncul sebagai sebuah kuasa besar Asia Tenggara dan faktor-faktor yang mendesak Jepunn untuk menduduki Sarawak. Sejak Pembaharuan Meiji 1868, Jepun telah menjadi sebuah kuasa besar dalam industri baru. Oleh itu, Jepun mencari sumber-sumber asli untuk kegunaan Jepun seperti minyak, bijih timah dan kayu balak yang kebanyakannya terdapat di Asia Tenggara. Di Miri, Sarawak minyak merupakan tarikan utama Jepun. Pada tahun 1937, ahli geologi Jepun telah mendapati di Sarawak terdapat sumber galian yang sangat penting dan boleh dipasarkan.  Pada awal topik ini hanya memperinci tentang kepentingan Sarawak kepada Jepun kerana mempunyai sumber asli yang banyak dan boleh digunakan Jepun demi kepentingan ekonomi dna politik Jepun.
Topik: Making Plan Places Rough
            Selanjutnya ulasan mengenai topik kedua dalam bab empat ini lebih membincangkan tentang kesan Perjanjian Munich pada September 1938 kepada kepentingan Jepun di Sarawak khasnya dan kekalahan British di Pearl Harbour telah membolehkan Jepun mara ke Asia Tenggara. Pada Oktober 1940, Taniguchi daripapa Konsul Jepun di Sandakan telah berjumpa dengan General Borneo Utara, Brunei dan Sarawak untuk mengadakan hubungan diplomasi. Namun pada Hari Krismas di Kuching, Sarawak pada 1941, Jepun telah berjaya mengambil Kuching dan diikuti oleh Miri dan hingga di Jesselton, Sabah hingga awal Januari. Dalam bab ini banyak menerangkan dan memberikan rancangan dan kejayaan Jepun menakluk Asia Tenggara dan khasnya Sarawak.
Topik : Where do we go from here?
            Dalam topik ini pula, lebih tertumpu kepada kesan pendudukan Jepun ke atas pentadbiran British iaitu dimana ahli-ahli pentadbiran Brooke, usahawan dan keluarga mereka telah melarikan diri ke Kalimantan. Bagi yang gagal melarikan diri seperti Tun Jugah dan Koh,ini memberikan kekeliruan terhadap mereka kerana pemerintahan Brooke yang telah memerintah selama bertahun telah hilang begitu sahaja. Jugah berasa agak jangal kerana pihak British tidak memberikan apa-apa bentuk cadangan tindakan untuk menentang Jepun.  Pada masa ini, adalah masa perubahan tampuk pemerintahan Brooke kepada Jepun, dengan itu kependudukan Jepun ini memberikan impak kepada system pentadbiran dan ruang dan peluang orang pri-bumi untuk menerima konsep pemerintahan Jepun.
Topik: The Occupation
            Dalam topik ini, lebih memberikan penjelasan mengenai temubual bersama Tedong yang merupakan, staff kepada Muzium Negeri Sarawak berpendapat membunuhh orang eropah adalah satu perbuatan yang sia-sia sahaja dan tidak ada tujuan, ini kerana sebagai contohnya Mr Arundell telah berkahwin dengan wanita Iban dari Lubuk Antu. Temenggong Koh juga berpendapat bahawa orang Eropah akan selamat dengannya daripada mereka yang ingin keluar daripada Long Jawi. Pada pendapat saya, penulis cuba untuk memberikan pandangan bahawa orang pri-bumi masih inginkan Brooke sebagai pemerintah dan mereka tidak akan melawan orang Eropah demi kepentingan Jepun.
Topik: Kuching Shu
                        Dalam topik ini,  membincangkan tentang pentadbiran Jepun yang memisahkan Sarawak kepada dua bahagian iaitu Kuching- shu dan Sibu-shu. Walaupun ada Ken Sanjikai, namun peranan Jugah tidak begitu menyerlah.  Di Kuching, wakil iban yang dipilih adalah Charles Mason dan Jitam yang berkhidmat dengan Jepun. Tun Jugah tidak begitu dilihat peranannya pada pendudukan Jepun pada ketika itu.
TopikRejang Valley  
            Dalam topik ini membincangakan peranan Tun Jugah sebagai sanji.  Walaupun Tun Jugah berasa terpegun dengan kekuatan askar Jepun  dan menghormati kuasa pemerintah Jepun, maka Jepun menerima dan memberikannya satu perjanjian sebagai sanji. Namun menrut pendapat Sng Chin Joo, sahabat Tun Jugah dan sebagai seorang usahawan di Kapit, dia tidak tahu menahu bahawa Tun Jugah adalah . Namun hanya kerana penduduk hanya takut akan kekuatan Jepun, oleh itu penduduk menghormati Jepun dan bukan atas kerana Tun Jugah. Begitu juga pendapat olah Dato Yoa Ping Hua yang merupakan orang yang pertama berjumpa denga Tun Jugah selepas dia dipindahkan ke Jabatan Kerajaan di Kapit, mengatakan Tun Jugah tidak begitu rapat dengan kerajaan Jepun, dia hanya menjaga kepentingan orang Iban dan melindungi Kapit khasnya. Tun Jugah tidak menunjukkan minat terhadap pemerintahan Jepun, namun hanya bekerjasama secara ala kadar sahaja itu pun kerana kepentingan melindungi penduduk tempatan.
Topik: Toughing it Out.
            Dalam topik ini  memaparkan layanaan dan kekerasan pentadbiran Jepun kepada pendudkan tempatan. Menurut pandangan Sutlive;
The Japanese had tried to enslist the support of the Iban and other upriver tribes, but em by confiscating theirs guns, forcing them ti sell their harvests, enlisting them in the collection of gravel and the construction of airfields in       Sibu and Bintulu, and torturing them for petty crimes.[1]
Layanan Jepun terhadap orang Iban dan kaum pribumi yang lain memberikan beban kepada masyarakat. Oleh Itu, Jugah pada masa tersebu hanya menghabiskan masa di ladan, menangkap ikan dan memburu. Beliau tidak sekali untuk membuat rondaan dan membuat lapor tentang pekara yang berlaku di Merirai dan Balleh, malah di sana tiada tempat untuk memasarkan produk daripada hutan seperti rotan. Jepun pula hanya memberikan fokus kepada pembalakan. Di Sibu dan Bintulu kilang kayu telah dioperasikan oleh Jepun. Pada pendapat pengulas fokus dalam bab ini memberikan penjelasan tentang kegiatan ekonomi masyarakat dan fokus ekonomi kerajan Jepun.
Topik: The Beginnig of the End, Jugah Side of the Story, What’s Going On?, Light in the Darkness, Free at Last, Enough Is Enough dan The Queston of Collaboration.
            Bagi topik-topik yang seterusnya pengulas mengabungkan kesemuanya ini kerana topik-topik ini banyak melibatkan ketokohan Tun Jugah dan banyak menonjolkan peranan beliau dalam menentang pendudukan Jepun. Dengan itu topik perbincangan utama ulasan yang dibuat oleh pengulas terfokus dalam topik-topik ini. Dan topik-topik yang sebelumnya bagi mendapat informasi tentang permulaan pendudukan Jepun dan suasana pemerintahan Jepun di Sarawak. Seorang kawan Tun Jugah iaitu Harry Buxton merupakan tahanan semasa pendudukan Jepun di Sarawak. Tun Jugah telah menyelamatkan dia dari penjara. Dia sendiri bersyukur kerana kepahlawanan Tun Jugah dan para sahabatnya telah menyelamatkan nyawanya hingga ke hari ini.
Pertemuan kali pertama Buxton dengan Tun Jugah pada 1931, ketika Buxton bekerja di kawasan Merirai.  Namun Buxton dipenjarakan Jepun di Bintulu, walaupun begitu hubungan dia dengan Tun Jugah tidak putus kerena sering kali berhubung dengan satu sama lain.  Buxton telah dipindahkan ke penjara Sibu kerana Jepun khuatir dengan banyak pengeboman berlaku dan potensi besar para tahanan akan berjaya melepaskan diri.
Walaupun dipenjarakan Buxton masih berjaya bertahan kerana berpuasa dengan meminum air masak dan mengambil “soda bicarbonate” yang diberikan oleh dokter di Bintulu. Dan sekali lagi Buxton dipindah ke tempat baru aitu Kapit. Sesampai dia di kapit, dia mendapati pengawal penjara adalah seorang Iban, dan dia bertanyakan kepada pengawal itu dengan menanykan siapakah bapa saudaranya dan lantas pengawal itu menjawab bahawa bapa saudaranya adalah Tun Jugah. Tun Jugah mendapat informasi daripada anak saudaranya bahawa Buxton telah dipindahkan ke Kapit. Pada masa Buxton dipindahkan ke penjara Kapit, Angkatan tentera Australia telah mula bergerak di dalam Sarawak. Tun Jugah dan Koh memutuskan diri akan berjuang bersama-sama. Pada malam 26 June 1945, Tentera Allied bersama dengan ratusan pahlawan Iban dan Kayan, termasuk Jugah, Koh, dan Tedong di Nanga Balleh.
Tun Jugah telah ditugaskan untuk  mengetuai angakatan semua pahlawan ke Kapit dan terus menuju penjara bagi menyelamatkan tahanan perang di sana. Pada pertama kali Buxton dan sahabatnya mendengar serangan di penjara, mereka menjangkakan bahawa munsuh, namun selepas mendengar perbualan antara orang iban, mereka berasa lega.
Harry Buxton akhirnya dapat melepaskan diri atas jaga Tun Jugah bersama-sama sahabatnya yang berjaya menewaskan Jepun di penjara. Menurut pendapat Sutlive tentang Tun Jugah;
Jugah survived the Occupation, as did almost all other native people, through avoidance of confrontation with Japanese. With others, he accommodated to the new an dangerous force from outside. While critics may allege that he got along by going along, one must ask what choice he had. The British had fled. The native population was on its own. One foreign administration had been replaced by a new one[2]’’
Sebagai pengulas, ketokohan dan kepahlawan Tun Jugah sememangnya amat besar. Untuk mencari pemimpin seperti beliau adalah semakin kurang ini kerana dia seoratan pemimpin yang berjiwa dimana  beliau sendiri sanggup mengorbankan nyawanya dalam menentang Jepun. Sikap pro kepada pemerintahan Britsih menunjukkan kesetiaannya walaupun tampuk pemerintahan berubah, beliau tetap setia kepada kerajaan Brooke. Beliau mengamalkan sikap dingin dengan kerjasama dengan pemerintah Jepun kerana menjaga kedaulatan orang Iban dan menjaga keamanan Kapit. Pengulas bersetuju dengan pendapat  Abang J kepada Datuk Yao bahawa Tun Jugah tidak pernah pro- Japanese. Menurutnya;
“He was never pro- Japanese in any way. He used to tell us that there was one postmen in Kapit who used to provide him with ( accounts) Allies’ activities, he always listened to the radio, and told Apai what was going on, with the Australians coming in…They ( Jugah and the other native) did not want to confront the Japanese, because the intelligent enough to know at that time to ill treat all those who went against them.[3]
 Kesimpulan
            Ketokohan Tun Jugah dalam membawa para sahabatnya mengalahkan Jepun harus dikenang kerana peranan dan sumbangan adalah amat besar. Sebagai seorang pemimpin selayaknya beliau diberikan gelaran dan dibeirkan pingat  King George V Medal for Bravery dalam 1947.  Pengorbanan dan kepimpinan beliau telah membawa nama Tun Jugah dikenali ramai dan menjadi tokoh yang sangat penting dalam penubuhan Malaysia sebagai wakil orang Iban khasnya Kesetiaan beliau kepada pemerintahan British kuat hingga menyebab sikap dingin kepada pemerintahan Jepun adalah wajar dan merupkan satu tindakan yang betul.


Bibliografi



Buku.
Ooi Keat Gin. . “The Japanese Occupation and the Peoples of Sarawak.”, Southeast Asian Minorities in the Wartime Japanese Empire. Edited by Paul H.
Kratoska.                                                                                                                                                       London: Routledge Curzon, (2002

Ooi Keat Gin.. Rising Sun over Borneo: The Japanese Occupation of Sarawak, 1941-1945.                                                                                                                                                                    London: Macmillan; New York: St Martin’s Press (1999). 

Sutlive, Vinson H., Jr. Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response.                            Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti for Sarawak Literary Society (1992.

Journal
Ooi  Keat Gin.The ‘Slapping Monster' and Other Stories: Recollections of the Japanese Occupation (1941-1945) of Borneo through Autobiographies, Biographies, Memoirs, and Other Ego-documents"
Journal of Colonialism and Colonial History 7:3 ( 2007)

 





[1]Sutlive, Vinson H., Jr. Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti for Sarawak Literary Society (1992). ms 105

[2] Sutlive, Vinson H., Jr. Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti for Sarawak Literary Society (1992), ms 114

[3] Sutlive, Vinson H., Jr. Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti for Sarawak Literary Society (1992), ms 115

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TI DIKERINDUKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...